iHeart : Ulangtahun Afwani ke-26


18 April 2012, housemate aku genap berumur 26 tahun dan inilah tahun terakhir dia sebagai status Cik Afwani.MySpace Selepas ini 18 April dia akan berstatus Puan Afwani pula dan masa tu mesti akan menyambut dengan Dr Haziq dia.MySpace Dan biasalah, sebab ini tahun terakhir bergelar Cik, jadi banyaklah hari celebration dia. Mujurlah dia mengajar di kelas menengah bawah, jadi pelajar dia banyak yang menyambut ulangtahun itu dengan makan-makan kek dan hadiah (hadiah, hadiah). Ni rahsia ni, ramai cakap muka dia macam Heliza, betul ke? Hehehe…MySpace

Dan hadiah yang berbentuk makanan banyaklah yang kami pun dapat makan juga terutamanya gula-gula dan coklat. Aku kan sukakan coklat, jadi banyak aku makan coklat berbanding makanan lain.MySpace Selain itu, Dr Haziq juga membelanja 20 bungkus nasi beriani untuk kawan-kawan selected by Wani. Itulah kan, tuah ayam nampak di kaki; tuah manusia siapalah yang tahu. MySpace

Dan paling menarik adalah, kami pergi makan di Pizza Hut pada hari Sabtu, 21 April di Giant dengan Kek Pelangi 6 lapis handmade dari Kak Nani MySpace (bawa dari Bukit Garam lagi tu). Hahahaha, jangan tak percaya, kami (Kak Nani, Wani dan aku) decorate sendiri kek tu untuk di bawa ke Pizza Hut.MySpace Hehehe, rasa macam kami celebrate seminggu birthday Wani kan? MySpace

Di sini aku kongsikan gambar-gambar langkah-langkah kami menghiaskan Kek Pelangi Flat 6 Tingkat ni. Ini semua idea Kak Nani,MySpace aku dengan Wani tolong-tolong sahaja mana yang boleh. Tapi chef utama memang Kak Nani Bukit Garam. Huhuhu… MySpace

Apa pun, aku nak ucapkan Selamat Panjang Umur dan Murah Rezeki selalu. Dan insya-Allah, harapnya persahabatan kita ini kekal berpanjangan ke akhirnya.MySpace Dan untuk tahun ini, apa pun perancangan Wani; insya-Allah dipermudahkan-Nya. Amin. MySpace

Kami berlima ke Pizza Hut, nampak tak Cikgu Emi yang sedang berpose maut ambil gambar kami berempat tu? Hahaha… MySpace Terima kasih ya Cik Photographer. Lain kali ambil lagi ya. MySpace

P/S : Jangan tanya aku apa Dr Haziq bagi untuk Wani. Setakat sekarang tiada posto sampai lagi. Kikikiki…MySpace

Untuk carian recipe Kek Pelangi sila rujuk blog Kak Nani dan sila klik Nuwairani ini ok? MySpace

Hehehe… MySpace Janganlah tanya aku resipi yang kompleks macam ini. Aku ni pakar makan sebab dah memang dalam salah satu senarai chracteristics aku ialah pakar makan. Pakar masak tu bukan dalam ciri-ciri utama aku [sorry ya]. Hahaha… MySpace

By the way disebabkan air minuman kami tak habis, maka kami bungkus air tu bawa balik. MySpace Banyak lagi air Pepsi tu jadi sayanglah nak tinggal macam tu sahaja di Pizza Hut. Dari kena buang, baik kami bawa balik masukkan dalam peti sejuk untuk minum esok lusa. Dan inilah cara bungkusan Pepsi kami. Apa lagi, gelak besarlah kami bila tengok cara pembungkusan Pepsi tersebut. MySpace Sangat kelakar kan? Aku tertanya-tanya pula agaknya di Semenanjung sama juga sebegini ke? Sebab aku tak pernah bungkus air di Semenanjung [selalu habis je di minum] jadi aku curious pula nak tahu. Hahaha… MySpace [Curious nak gelak-gelak lagi isu tentang Pizza Hut].

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s