iHeart : Kuih Gunting Popia & Ice Cream Asam Boi Malaysia


Hari ini disebabkan minggu ini bekerja 6 hari, maka rancangan nak buat kuih gunting popia dan ice cream asam boi di tarik ke hari Jumaat, 20 April 2012. Sebenarnya aku dengan Wani bercadang nak buat hari Sabtu tetapi hari Jumaat pulang lagi awal dari Sabtu (Jumaat 1135 pagi, Sabtu 1245 petang) jadi kami pun buat hari Jumaat. MySpace

Kulit popia ni dah lama tersadai dalam peti sejuk sebab lebihan masa buat popia basah masa awal-awal tahun tu. Jadi dari dia mengeras dalam peti sampai expired, kami pun ambil keputusan nak buat kuih gunting popia la. MySpace Bukan susah pun, kulit popia tu digulung kecil-kecil (kami guna pensel kayu gulung dia, hehehehe MySpace ) kemudian gunting kecil-kecil terus masuk ke dalam kuali yang minyak telah dipanaskan. Pastikan jangan buka api besar-besar sebab nanti kulit luar masak tapi dalam mentah. MySpace

Lepas goreng, boleh gaulkan dengan (gula, nestum, susu tepung, horlicks) yang dikisar kering.MySpace Sukatan ikut suka hati sebab kami buat tak banyak pun. Cuma semuanya dalam kuantiti yang sama banyak kecuali horlicks (separuh kuantiti dari yang lain-lain). Dan selepas itu, makan!!!! MySpace

Dan ini ice cream  Malaysia yang mudah didapati dan senang dibuat. MySpace Azy yang beli semua asam ini di Giant SDK. Kami campur semua asam ke dalam air yang mendidih. Kemudian kami masukkan gula dan sesudu tepung jagung untuk memekatkan larutan. Kemudian kami tapis asingkan buah asam dengan airnya. Buah-buah asam tu kami masukkan dalam plastik ice cream. Bila larutan sejuk, kami tuang dalam bekas plastik ice cream dan simpul dia. Kemudian masuk dalam peti ais untuk dibekukan. MySpace

Sekarang ini aku sangat tak sabar nak tunggu ice cream tu beku.MySpace Mungkin 8 malam nanti masa tengok berita dah boleh makan ice cream tu. Jangan tanya sedap ke tak ice cream yang kami buat tu, mestilah sedap okay. See the hands lah! MySpace

By the way esok masih lagi kena bekerja. Oh, rasa nak pitam.MySpace Dan bakul baju aku rasa macam nak pecah sebab banyak sangat baju tidak dibasuh lagi.MySpace Memang sibuklah aku hujung minggu ni. Sudahlah rehat sehari sahaja. Oh tidak, tak cukup rehat mesti mata tak cantik nanti. Aduyai… Ini sungguh tidak menarik! MySpace

Aku tak suka minggu ini, macam dah banyak kali aku makan mi segera minggu ni.MySpace Kalaulah rambut aku banyak gugur minggu ini, memang salah perasa tiruan yang tak berlesen dalam mi segera itulah. MySpace Aduyai, pemakanan yang tidak berapa nak seimbang minggu ini. Sangat stress kan? Tapi aku letak sayur dalam mi segera, jadi bolehlah dikatakan seimbang. Betul tak? Hahahaha… MySpace [hampes kan?]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s