iHeart : Kereta Yang Mana?


Aku sedang dalam proses menimbangkan pelbagai faktor untuk membeli kereta.MySpace Walaupun lama lagi baru aku akan sambar kereta (kerana dalam senarai aset yang hendak di beli, kereta bukan #1) tapi kerana terpesona dengan pelancaran Proton Prevé semalam, buat aku teruja nak buka topik ini.MySpace

Macam manusia yang ada pelbagai rupa, bangsa, warna dan nama; kereta juga lahir seperti itu. Nama jangan ceritalah, ada yang mudah disebut dan ada juga yang terbeli-belit lidah nak menyebutnya. Dan aku juga salah seorang manusia. Di mana aku ada nama, rupa, bangsa dan warna aku sendiri yang membentuk menjadi “AKU”.MySpace

Jujur aku tidak sukakan kereta compact (macam dua gambar kereta di atas ini). MySpaceAku lebih sukakan kereta yang sedang-sedang sahaja seperti aku. Sedang-sedang dari segi rupa, nilai, warna dan nama. Aku tidak perlukan kereta yang gah terlampau tapi aku tidak mahulah kereta yang terlalu daif. Aku ini orang yang sederhana yang mahukan kereta yang sederhana juga.MySpace

Ini adalah struktur reka bentuk manusia (perempuan terutamanya, sebab aku ni seorang perempuan jadi untuk mengukur di baju lelaki; itu di luar kemampuanku). Dan pastilah aku juga salah satu dari golongan ini.MySpace Untuk informasi semua, “pear shaped body” adalah golongan majoriti. “Pear shaped body” maksudnya bahagian di bawah (punggung) lebih besar daripada bahagian atas (dada) kalau nak tahulah.MySpace

Dan inilah majoriti yang mempengaruhi fikiranku. Seperti AKU, aku juga mahukan kereta yang “pear shaped body” juga. MySpaceAku memang tidak berpuas hati dengan compact kereta yang tidak berpunggung besar kerana tidak nampak asetnya di situ. Sebab itulah aku tidak sukakan kereta compact.MySpace

Bagi sesiapa yang menggunakan kereta compact, jangan kecil hati. Taste kita tidak sama dan sebab kita memilih juga tidak sama. MySpaceYang penting kereta itu boleh membawa kita ke destinasi yang kita mahu dengan selamat dan berlindung dari hujan dan panas. Itu sudah mencukupi.MySpace

Sebab itulah bila dilancarkan Proton Prevé semalam, aku punyalah beriya tengok depan tv1 (secara langsung) sebab nak lihat spesifikasi dalaman kereta itu.MySpace Dan aku lihat kereta ini adalah gabungan teknologi banyak kereta dan ini satu pembaharuan yang bagus.MySpace Aku sukakan rim kereta dia, cuma kalau warna rim tu terang sedikit pasti lebih mengancam.MySpace Aku sukakan idea wi-fi 4G yang ada, walaupun aku tahu mungkin sekarang ini idea 4G orang ketawa terbahak-bahak (sebab 3G sekarang di SDK pun susah nak capai apatah lagi 4G) tapi insya-Allah akan datang pasti 1Malaysia akan dapat rangkaian 4G ini. Itukan Wawasan 2020 kita. Insya-Allah.MySpace

Dan enjin (1.6 cc) dia, sangat sesuai untuk perjalanan jauh terutamanya untuk balik kampung nanti.MySpace Lagipun, ciri keselamatan dia bertaraf 5 bintang jadi kita tidaklah gusar sangat kerana jaminannya telah ada. MySpaceOh sangat aku tabik spring pada warga Proton kerana berjaya menghasilkan kereta yang berbentuk sporty. Sangat tak sabar nak lihat kereta itu atas jalan raya. MySpaceAku teringin nak lihat macam mana aura kereta global Malaysia yang pertama ini. Lagipun harga dia bermula dengan RM 60 K. Insya-Allah, mampu di miliki oleh rakyat Malaysia.MySpace

 Tapi, bila fikir kembali. Kereta balik kampung nanti memang Faiz yang beliMySpace dan kereta yang akan beli adalah untuk kegunaan di dalam negeri sahaja (tempat dekat-dekat).MySpace Kerana aku perlu beli adalah soal masa bekerja kami yang berbeza, membuatkan kami perlukan dua kereta. MySpaceSudahlah Faiz diharamkan menggunakan motor oleh keluarga dia jadi takkanlah aku pula yang kena jadi minah rempit? MySpace

Jadi kebanyakkan orang di sekeliling aku beranggapan jika aku membeli kereta yang macam Prevé memang tak patut.MySpace Sebab paling jauh kereta aku akan pergi adalah dalam lingkungan 20 km sahaja. Dan kegunaan aku bukanlah untuk kegunaan lasak (setakat pergi kerja sahaja).MySpace Dan mereka suggest aku ambil kereta compact Savvy (kalau aku nak jimat duit minyak) atau Swift (kerana testimoni mutu enjinnya yang bagus). Lagipun kata mereka, mudah untuk aku parkir kereta di sekolah yang susah nak parkir. MySpace Dan harganya tidak mahal sangat kalau kena calar (mereka fikir pelajar akan menjahanamkan kereta guru jadi sia-sia sahaja bawa kereta mahal ke sekolah). Aduyai, aku rasa tak boleh nak terima pemikiran mereka tu. Sangat macam ketinggalan zaman.MySpace

Sekarang aku lagi makin rungsing memikirkan soal kereta. Tak tahu yang mana satu patut aku ambil. MySpaceAku tak nak jadi macam Acik, dia ambil kereta Myvi dan setiap kali pun dia selalu cakap dia patut ambil kereta besar sedikit supaya selesa untuk perjalanan jauh walaupun hanya sekadar MLK-KL (2 jam perjalanan) sahaja. Aku tak nak timbul rasa “salah pilih” tu.MySpace Sebabnya nanti sengsara terikat untuk bayar bertahun-tahun. Entah panjang ke tidak umur aku nak sambung beli kereta kedua nanti.MySpace

Bagilah pendapat…? MySpace Aku perlukan juri awam untuk membantu membuat keputusan kelak (masa aku kena beli kereta nanti).MySpace

4 thoughts on “iHeart : Kereta Yang Mana?

  1. Ustaz Khairuddin says:

    Salam….

    Nak beli kereta?

    Savvy? No NO NOOO… Kalau dah pakai 4-5 tahun, then nak jual… tak ada market sudah… rugi.. Rekaan pun kurang menarik dan diminati ramai… Menyesal nanti.. .Percaya lah…!

    Swift? Kan ke mahal tu? Check semula budget you… Daripada beli swift, better ambil persona ke, myvi ke, vios j-line ke…. Price range lebih kurang sama…

    Preve? Maybe you should try… tapi kene test drive dulu.. Tapi harganya? boleh?

    Suggestion, if boleh compact… better viva… jimat pun jimat.. cantik pon ok la… selesa sikit.. tapi ambil VIVA ELITE eh…. Price range yang sama, Saga BLM… pon ok… tapi minyak kuat sikit lah…. almaklumlah enjinnya lebih besar dari viva… = lebih laju… ruang bonet pon besar..

    Nak beli kereta, bukan tengok pada cantik je… kene tengok juga:

    1. Jumlah monthly installment yang kita mampu… RM400? RM500 or lebih? -tengok la kita kerja apa.. kalau student, ambil viva je… (ukur baju dibadan sendiri)

    2. Kegunaan dan keperluan? – Nak pergi keje? balik kampung johor ke perlis? – Short distance, better kereta kecil… Long distance, kereta enjin besar sikit lah…

    3. Model… Jangan beli model kurang popular di MALAYSIA… sebab kita jarang pakai kereta sama sampai ke tua.. 4-5 tahun pasti rasa nak upgrade… jadi, cari model yang popular sebab harga market takkan jatuh sangat…

    Moral of The story: buat istiqarah…. Beli ikut kemampuan, bukan nafsu.. Peace!

  2. Ustaz Khairuddin says:

    Opss… anda adalah guru ye… Ok.. beli sahaja kereta biasa sudah…. Memang gaji 2K keatas, namun dah encik faiz awak tu akan beli kereta besar, buat apa nak dua kereta besar??? satu kereta besar – en.faiz pakai… dan satu kereta suka2 – awak pakai… sudah lah… Jimat2.. nak kawin lagi… nak beli rumah lagi… fikir2..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s