iHeart : Kau Memang Macam Bagus….!


Serius hari ini, April 13; mood aku memang “hangin” semacam.MySpace Sampai kan semua kelas aku masuk memang sepi macam kena serang garuda. Sebab riak muka aku memang macam singa hari ini.MySpace Mana tak, pagi-pagi lagi aku dah pergi jumpa Boss untuk dapatkan tandatangan borang e-GTukar aku tapi dia tak nak pula tandatangan. Sudahlah tak nak tandatangan, lepas itu suruh pula aku batalkan permohonan sebab pasti tidak akan dapat tukar ke Semenanjung Malaysia. WTF??? MySpace

Actually apa masalah dia kalau aku tukar ke Semenanjung pun? MySpace Bukan dia yang bayar duit gaji aku jadi apa masalahnya? MySpace Itulah yang aku tidak faham dan aku tidak puas hati. MySpacePertukaran itu kan hak setiap pekerja kerajaan, jadi siapa dia tak nak bagi aku mohon pula? Amboi, ini namanya gila salah guna kuasa! Apa celop?MySpace

Dan kalau kurang guru, mohonlah di PPD SDK tu. Banyak je lagi graduan masih menganggur tidak posting lagi. Kalau tidak mohon di PPD, mana JPN nak tahu di sini kurang guru.MySpace Jadi, tak patutlah nak gam guru lama di sini je. Ambillah guru baru. Come on lah, aku dah 3 tahun di SDK, bagilah aku rasa memori daun pisang di tempat baru pula. Ini tidak adil!!!!MySpace

Masa aku mention yang aku akan bercuti panjang sehingga rawatan aku selesai mulai Jun 2012, dia macam pura-pura tak faham (atau memang sengaja tak nak faham?) penerangan aku yang berjela-jela tu.MySpace Balik-balik ayatnya, “hanya sakit tenat sahaja diluluskan untuk bertukar, sebab sakit biasa tidak dilayan”. WTF???MySpace

Bila aku cakap aku akan berkahwin bulan Ogos 2012, “kamu apply nanti akhir tahun semula mengikut suami, kalau ikut suami boleh pindah tapi kalau suami ikut isteri tidak boleh…suami jangan pentingkan isteri sahaja“.MySpace Naah, berbisa Cikgu kaunseling Ridz Ina (a.k.a Wan Kaseh) dengar ayat dia. Dan aku, geleng kepala sahajalah. Nak cakap apa lagi, bukan aku yang luluskan permohonan pun.MySpace

Walau bagaimana pun aku masih lagi tidak berpuas hati dengan kata-kata dia tadi. Dia memang cakap tak serupa bikin. Ayat macam lalang!MySpace Dulu masa aku bercuti setengah tahun 2010, dia sengaja tak nak luluskan sebab “masih perlukan cikgu”. Tapi awal 2011, ayat dia “jangan lupa isi borang pindah, saya akan luluskan borang kamu” (sebab dia tension aku cuti lama sangat masa 2010 jadi tak sabar-sabar pula nak halau aku keluar dari sekolah) tapi masa 2011 aku pula yang tak nak pindah lagi. Tapi sekarang ini, 2012 dia beriya-iya tahan kami lagi.MySpace Oh tidak, kalau aku tahu mesti aku mohon masa 2011; waktu dia tak sabar-sabar nak halau aku dari sekolah dulu.MySpace

Aku kalau boleh tak nak meninggalkan tempat kerja aku dengan rekod yang negatif macam yang berlaku semasa tahun 2010. Tapi dari gaya dia macam “kalau kau buat apa yang dia tidak suka, barulah permohonan pertukaran kau dilayan”.MySpace Tapi memang prestasi kerja tahun tersebut memang rendahlah. Dan cakap tentang nilai prestasi kerja, aku yakin tahun 2012 mesti prestasi aku rendah juga seperti masa 2010 dulu. Apa mahu buat, hidup ini tidak bergerak seperti yang dirancang. Lain yang aku rancang, lain pula yang berlaku. Pasrah je lah.MySpace

Tunggu keputusan e-GTukar shajalah bulan Mei nanti. Kalau ada rezeki, dapatlah aku pindah ke KL bulan Jun. Kalau tiada rezeki lagi, bulan September nanti aku mohonlah lagi. Cuma kali ini ada attachment sijil nikah pula sebab insya-Allah masa tu sudah pun bergelar Puan.MySpace Apa pun, dapat tukar atau tidak; aku semestinya tidak masuk bekerja lagi naik Penggal kedua tu. Apa mahu buat, bukan kemahuan aku pun.MySpace

Dan aku harap ada kemasukan guru baru ke sekolah sebabnya nanti apabila aku bercuti dan Cikgu Kumari tukar ke Pulau Pinang (dia mesti akan dapat sebab suaminya pekerja beruniform) maka banyaklah kekosongan guru di sekolah. Memang pening Cikgu Jadual Ganti dan Cikgu Jadual memikirkan jadual baru untuk bulan Jun nanti.MySpace Aku memang boleh bayangkan, haru-biru sekolah nanti.

Biarlah tentang sekolah, diriku lagi penting dari perkara lain. Tahun 2012 ni, ada banyak lagi perkara penting dari itu semua. Dan harapanku, pelajar-pelakar SPM tidak bermain-main masa tiada guru baru menggantikan aku. MySpace Harapnya mereka boleh belajar sendiri untuk bab-bab yang seterusnya (aku berhenti di bab 5.5). Janganlah itu tinggal “harapan” sahaja. Aduyai…MySpace

Untuk Faiz : Sila bersabar dengan keputusan e-GTukar pada tahun ini. Kalau kau melenting naik marah tak tentu pasal, memang aku karate kau sampai patah. MySpaceKalau kau bengang aku tidak dapat tukar lagi, semestinya aku lagi super duper bengang (sebab impaknya lagi hebat pada aku). Janganlah kau jadikan topik ini satu alasan untuk bergaduh dengan aku.MySpace Kau mesti tunjuk contoh sikap yang positif untuk aku supaya aku tak rasa down sangat.MySpace

Jadi semua, MySpacetolonglah doakan aku dapat bertukar ke KL pada tahun ini terutamanya permohonan aku pada akhir tahun kelak selepas aku berkahwin.MySpace Orang cakap kalau cakap 44 kali, insya-Allah akan termakbul jadi kalau ramai doa untuk aku (lebih dari 44 orang), mesti permohonan aku bertukar ke KL akan menjadi kenyataan. Insya-Allah.MySpace

3 thoughts on “iHeart : Kau Memang Macam Bagus….!

  1. nani says:

    ok! semoga fara dapat tuker ke KL, pastu doakan kak nani dapat tukar ke seremban…tak sabar dah ni nak pindah…boleh sakit jiwa duk sini lama2…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s