iHeart : Inai Klasik atau Inai Moden?


Untuk majlis berinai nanti semasa majlis perkahwinan aku kelak, aku masih lagi sedang memikirkan samada aku patut berinai macam biasa (setakat di merah di hujung jari dan buat satu bulatan di tapak tangan) atau aku patut berinai cara sekarang (guna ukiran-ukiran flora-flora di tangan hingga ke hujung jari).MySpace

Mari aku komen satu-satu mengenai cara berinai tersebut pada pandangan mata aku.MySpace Mula-mula inai biasa yang klasik tu. Berinai cara tu memang la macam biasa dan tidak ada unik sangat pun. Tapi kemaslah bentuk inai di tangan tu. Tapi tangan tak berapa nak meriah sangat sebab inai hanya hiasan di hujung jari sahaja. Sebab tangan kosong maka kenalah cari baju yang sarat di tangan supaya nampak WOW sikit tangan pengantin tu. MySpace

Kalau inai cara urban ni, memang naiklah seri tangan pengantin tu terutamanya masa dalam akad nikah sebab biasanya pengantin akan pakai baju yang tak berapa nak sarat dan warnanya lembut. Jadi masa tu inai di tangan memang orang akan perasanlah. MySpaceTapi masalahnya kadang-kadang kalau motif tak berapa nak cantik, maka cacatlah bentuk inai di tangan tu. Sebabnya memang akan orang nampak kecacatan inai tersebut terutamanya kalau dapat photographer yang zoom pada tangan. MySpace Tapi pakai inai ini memang trendy gitu. Sebab baju kahwin zaman sekarang ini memang sarat di dada sahaja. Bahagian tangan baju memang kosong jadi memang naik seri pakai inai ni.MySpace

Tapi masalahnya aku ini kahwin di kampung MLK dengan ada orang tua (Nenda) di rumah lagi yang memang masih mengamalkan adat istiadat pantang larang nenek moyang versi yang aku pun tak pasti berapa kurunnya.MySpace Memang setakat sekarang belum pernah ada lagi Mak Cik aku yang berinai ukir-ukir gitu. Semua old school fashion. Jadi biar betul aku nak pecahkan tradisi keluarga aku ni? Beranikah aku?MySpace

Jadi aku ni dalam dilema berbelah bahagi. Ditelan mati mak, diluah mati bapa. Susah nak cakap. Aku confuse jadinya. MySpace Jadi apa pendapat kalian tentang isi berinai ini? Patut ke aku teruskan tradisi lama atau aku ikut perkembangan perkahwinan sekarang ini dengan inai berukir ni?MySpace Kahwin ni sekali sahaja seumur hidup. Mestilah nak buat pilihan yang terbaik walaupun soal berinai. Sila la vote untuk membantu aku buat keputusan tentang isu ini. MySpace

Kepala pusing jadinya bila berfikir tentang inai. Sebab aku pun tak pasti mana aku nak cari pokok inai. Dah lama rasanya tak nampak pokok inai. Dan tiada pula ada kenalan yang pergi ke Mekah untuk dipesan membeli inai Mekah. Aduyai, takkan nak pakai inai tiub Mydin? Merah ke inai tu? Makin serabut pula aku rasa. MySpace

2 thoughts on “iHeart : Inai Klasik atau Inai Moden?

  1. blackhat says:

    Hello everyone, it’s my first pay a quick visit at this website,
    and piece of writing is really fruitful designed for me, keep up
    posting these types of content.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s