iHeart : Mama


Pada April 4, genap Mum berumur 53 tahun.MySpace Kali terakhir aku menyambut hari lahir Mum (dengan kek buatan aku sendiri yang hangus sebab tak pandai kawal api oven masa aku berumur 17 tahun dulu), aku ingat lagi senyuman di wajahnya menahan sebak kerana kek hangus aku itu. Dan kini, walaupun Mum tiada lagi tapi aku masih ingat lagi senyuman Mum. Dan senyuman itu aku boleh lihat ada pada Ain. Walaupun aku tak pernah beritahu Ain tapi bila memandang Ain tersenyum, pasti aku akan teringat senyuman Mum. MySpace

Dan April 11 juga, seminggu selepas tarikh lahir Mum; dia meninggalkan kami tanpa ada pesanan apa-apa pun. Masa itu aku belum bersedia untuk kehilangan seorang Ibu dan aku pasti juga orang lain juga rasa seperti apa yang aku rasa.MySpace Masa umur itu, aku selalu menyalahkan Ilahi. Mengapa beri ujian yang sebegitu hebat pada aku di saat aku masih belum mampu berdiri sendiri pun.MySpace

Orang selalu pesan padaku, Allah tidak akan beri ujian yang tidak mampu digalas oleh hamba-Nya dan apabila ujian itu diberi kepada aku; maksudnya Dia yakin yang aku mampu menghadapinya. Dan kata-kata itulah yang selalu aku gunakan kepada adik-adik apabila emosi mereka menjadi sukar dikawal. MySpace Aku selalu pesan pada mereka, jangan biarkan emosi membakar diri sebab apabila sudah terbakar sudah tidak boleh balik kepada asalnya.

Aku selalu tahu yang Allah sayangkan aku. Buktinya selepas kejadian kemalangan itu, aku masih lagi ada di muka Bumi ini. Pastinya ada sebab mengapa aku masih hidup sehingga kini. Adik-adik masih perlukan aku untuk bertapak perlahan-lahan membesar dewasa. Mana mungkin aku boleh pergi meninggalkan mereka lagi. Sekurang-kurangnya, aku mesti dapat merasa gaji pertama mereka dulu walaupun hanyalah sekadar segelas air sejuk. MySpace

Walaupun Hafiz tidak pernah cakap, aku tahu dia tahap sedih dia. MySpace Cuma caranya mungkin berbeza dengan Ain apabila datangnya bulan April ini. Sebelum adik-adik aku melalui tahap-tahap kesedihan yang sedang mereka bertarung menghadapinya setiap kalinya, aku pernah merasai perasaan itu terlebih dahulu daripada mereka. Dan aku telah berjaya melaluinya jadi aku pasti dan yakin yang mereka juga mampu menghadapinya.MySpace Macam aku katakan tadi, Allah hanya beri ujian pada orang yang Dia tahu cukup kuat untuk menghadapi ujian tersebut. Dan aku tahu, adik-adik aku memang tabah orangnya.

Aku suka lirik lagu Rahmat Ujian (Mestica) yang aku kira cukup memulihkan semangat perjuangan aku hingga ke hari ini.MySpace Bila aku rasa macam hilang punca untuk hidup, aku selalu memikirkan adik-adik yang masih lagi belajar sehingga ke hari ini. Untuk memastikan mereka kuat menghadapi apa-apa cabaran hidup, terlebih dahulu aku yang perlu kuat untuk menghadapi dugaan hidup ini.MySpace

Lirik Rahmat Ujian : Mestica

dalam derita ada bahagia
dalam gembira mungkin terselit duka
tak siap tahu
tak siap pinta ujian bertamu

bibir mudah mengucap sabar
tapi hatilah yang remuk menderita
insan memandang
mempunyai berbagai tafsiran

segala takdir
terimalah dengan hati yang terbuka
walau terseksa ada hikmahnya

c/o

harus ada rasa bersyukur
di setiap kali ujian menjelma
itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
diuji tahap keimanan
sedangkan ramai terbiar dilalaikan
hanya yang terpilih sahaja
antara berjuta mendapat rahmat-Nya

Allah rindu mendengarkan
rintihmu berpanjangan
bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

c/o

segala takdir
terimalah dengan hati terbuka
walau terseksa ada hikmahnya

ulang c/o

rindu mendengarkan
rintihmu berpanjangan
bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
segala ujian diberi
maka bersyukurlah selalu
2012, tahu apa yang menariknya? MySpace Tahun ini aku akan mendapat Ibu Mertua (Mak Faiz). Aku sangat bimbang dan takut sebab aku sudah terlalu lama tiada seseorang yang aku panggil Mak. Dulu aku pernah cemburu pada setiap manusia yang masih ada seseorang yang mereka panggil Mak tapi sekarang ini aku nervous pula nak dapat Mak.MySpace Aturan perjalanan hidup ini, hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu. Yang pastinya, aturan tersebut adalah aturan terbaik yang Dia decide dalam hidup kita, kita mesti percaya yang itu.
Ingatlah, apa yang kau percaya, apa yang kau fikir, apa yang kau mahu… Itulah yang akan datang cuma kita tidak tahu bila. Cepat atau lambat, bukan kita yang tentukan. Berdoalah, Allah s.w.t sentiasa mendengar. MySpace
Dan jangan kau tahan air mata. Biarkanlah dia menangis. Menangis bukan bermaksud lemah. Tiada salahnya menangis. Jika kau ada perasaan malu dalam dirimu bererti dirimu masih lagi waras berfikir. Kadang-kadang kita mengeluarkan air mata bukan hanya untuk melahirkan perasaan yang ada di dalam hati dan jiwa, tetapi untuk membersihkan mata yang banyak habuk yang nyata dan lutsinar.MySpace
Bila kita menangis, kita akan rasa betapa rendahnya diri kita ini di sisi Allah s.w.t. Dan perasaan rendah diri itulah yang akan mendorong kita mengadu kepada-Nya dan semakin merapatkan kita disisi-Nya. Insya-Allah. MySpace
Sebab itulah ujian selalu diberi kerana Allah mahu mengingatkan kita, yang kita tidak sendiri dan Dia sentiasa ada di sisi kita untuk membantu kita. Mohonlah pertolongan, adukan rintihan… Insya-Allah, Dia tidak pernah tinggalkan kita tapi kita yang selalu meninggalkan-Nya. MySpace
Ya Allah Ya Tuhanku. Ampunkanlah dosa Ibuku, Khatijah binti Yusoff. Moga rohnya ditempatkan di tempat insan-insan yang Kau lindungi. Amin. MySpace

2 thoughts on “iHeart : Mama

  1. nani says:

    ameen…be strong, dear…mak yang akan menggantikan ibu yang dulu mungkin tidak akan sama…tapi sekurang-kurangnya, kita akan dapat mak juga kan? think +ve, insyaallah hidup akan bahagia kelak…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s