iHeart : AJL dan ABPBH


Jika masa Anugerah Juara Lagu yang ke 26 pada Jan 29, Hafiz AF yang menang. Di Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke 25 pula di menangi oleh Aaron Aziz. Masa AJL aku tak tulis pun tentang AJL sebab aku tak berapa fokus tengok AJL tapi ABPBH ke 25 kali ini pada April 8, memang aku tengok dengan fokus. Dan part paling best masa tengok Fizz tahan sebak dari mengalirkan air mata depan kamera. Hohoho… terbaik! MySpace

Tapi kali ini baju pengacara Didie memang boleh diundi sebagai ikon fesyen yang paling buruk untuk 2012. Aku tahu dia dapat jolokan nama Lady Gaga Malaysia tapi janganlah terlalu mengikut Lady Gaga pula. Be yourself, itu pun susah ke? MySpace

Dan lakonan semula filem Ombak Rindu macam tak perlu rasanya. Macam geli pula tengok suami orang berpegangan dengan isteri orang di atas pentas bukan dalam filem shooting. Sudahlah isteri dan suami masing-masing sedang menyaksikan secara live dan kamera pula fokus kepada mereka seperti nak cari riak cemburu pada pasangan masing-masing. Memang agak tidak patut scene tersebut pada pendapat aku. MySpace

Aku paling suka persembahan Amy Search pada malam itu sebab aku memang peminat lagu-lagu Search pun. Tapi apa yang menarik tentang malam itu adalah Johan pada malam itu memenangi Pelakon Baru (L) dan bersusah payah mencari point nak sebut nama Nabila yang memang sudah terang lagi bersuluh mereka berpacaran. Lagipun terkini, Johan dilihat di airport fly bersama-sama keluarga Nabila ke Jepun. So apa celop? Nak cover apa lagi? MySpace

Apa-apa pun yang paling aku suka adalah trofi kedua-dua majlis ini. Serupa seperti signature aku. Hahaha… terbaik!!! MySpace

2 thoughts on “iHeart : AJL dan ABPBH

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s