iHeart : Mari Main Masak-Masak


Terima kasih kepada Wani kerana membawa Kak Nani dari Bukit Garam, SDK untuk membantu dalam segmen masak-masak kami semasa hujung minggu cuti Good Friday, April 6. MySpace Dan inilah buktinya makanan yang aku makan hasil tangan kami bertiga. Haruslah mention nama aku sekali walaupun aku hanya tolong makan sahaja. Hahaha…MySpace

Makanan yang sedap mestilah menu utama kami, Nasi Kerabu. Walaupun Nasi Kerabu kami kuning, side dishes masih lagi menu Kelantan.MySpace Dan ikan rebus celup tepung tu memang terbaik. Sebab selama ini aku makan Nasi Kerabu di kedai, ikan dia mesti kecil dan tak sesedap yang kami buat. Well, mestilah puji masakan sendiri.

Menu boleh dirujuk dalam blog makanan Kak Nani sebab aku dah paksa Kak Nani update blog dia dan tag aku dalam FB untuk rujukan aku masak Nasi Kerabu kelak. Insya-Allah, kalau diizinkan haruslah aku mencuba memasak sendirian di rumah makanan ini. MySpace

Cuma Nasi Kerabu agak leceh nak buat sendiri. Mesti ada pembantu baru boleh siap dengan cepat. Jadi kalau Faiz nak makan Nasi Kerabu aku buat, wajiblah dia membantu aku di dapur masa aku sediakan bahan masakan ini.MySpace Sebabnya aku ni beginner dalam masak-masak ni.

Kak Nani, Wani, Asu : Sila standby handphone kamu masa selepas September 2012. Mungkin akan banyak SMS tanya resepi dari aku selepas ini. Hahaha…MySpace

Untuk rujukan resipi Nasi Kerabu Kak Nani sila klik di sini,  Nasi Kerabu.

Atau terus ke blog Kak Nani, dengan klik Nuwairani.

Apa pun, tiada orang yang lahir sahaja terus genius memasak. Semuanya juga pernah hangus dan hangit semasa mula-mula memasak. Bezanya, latihan dan semangat mencuba lagi tu perlu ada. Gambate!!! MySpace Orang cakap, practice makes perfect. Betul atau tidak, kamu cubalah sendiri. MySpace

2 thoughts on “iHeart : Mari Main Masak-Masak

  1. nuwairani says:

    hahahah! terharu….kuikuikui…betul tu…tiada org yg dilahirkan itu terus pandai masak..kak nani dulu pun goreng ikan pernah hangit. pernah juga siang ikan sampai hancur2…tapi kite tetap belajar untuk perbaiki diri menjadi lebih baik…insyaallah….

    • lotsalurvey says:

      Hehehe… sekarang lagi mudah, GOOGLE je resipi. Atau SMS/Call orang yang lebih tahu. Kita bukannya orang yang pertama memasak makanan tu. Mesti cuba masak-masak ni. Especially menu dari Pantai Timur sebab Fara suka makanan dari sana. Sedap….!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s