iHeart : “IMEJ BERTUDUNG 100%”


Kepeningan sedang melanda aku sekarang ini. Dilema antara bertudung 100% atau 50-50 macam sekarang ini.MySpace Aku mulai pakai tudung pada bulan Jun 2011. Itu pun setelah digesa Faiz berkali-kali dan akhirnya perjanjian kami membawa kepada hari bekerja aku akan memakai tudung tapi hari tidak bekerja, aku bebas untuk memilih samada pakai atau tidak tudung apabila keluar.MySpace

Masalah mulai ketara sekarang ini apabila rambut-rambut aku mulai menunjukkan tanda-tanda bakal rosak.MySpace Aku sangat stress apabila melihat rambut aku sudah semakin coklat dan kering. Apabila difikirkan kembali sejak aku bertudung, aku mulai terlupa untuk memakai pelindung rambut dan serum. No wonder kelemumur di kepala dah semakin menjadi-jadi meriahnya. Cuma mujurlah tiada petanda hujung rambut terbelah dua lagi, syukurlah.MySpace

Tapi sangat dilema sebabnya semua di sekeliling aku mulai berharap aku akan kekalkan imej bertudung ini dengan lebih serius pada masa akan datang. Dan pada masa akan datang ini bukannya tahun 2013 atau 2015 tapi tahun ini, atau lebih specific Jun 2012. Sakit kepala aku rasa tiba-tiba memikirkan kena imej bertudung 100% aku ini.MySpace

Dan atas desakan orang ramai yang begitu prihatin dengan aku, Faiz juga telah mula mengeluarkan statement yang menjurus ke arah, “SILA PAKAI TUDUNG 100%” selepas ini. Nak pengsan aku dengar kenyataan berani mati Faiz. I mean please lah, can’t you see my hair are screaming for help?MySpace

Oh tidak, jadi rungsing bila aku terfikir mulai Ogos 2012 aku wajib ikut cakap Faiz including topic imej bertudung 100% ini. Aku masih lagi belum bersedia tapi sudah kena sini-sana ayat berbisa memaksa aku memakai tudung secara 100% pula. Macam rasa dunia sudah berakhir sahaja. Hukhukhuk, mereka memang kejam.MySpace

Jadi jika anda membaca rintihan hati aku ini, sebagai seorang manusia yang memiliki hak-hak asasi manusia untuk bersuara, patutkah aku teruskan berimej bertudung 100%?

MySpace

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s