iHeart : “Diyana Pink, Faiz Coklat”


Sedar tak sedar dah setahun kami bergelar pasangan kekasih. Mak aih, romantik pula guna word kekasih. Hahaha… MySpace Bukan apa, tadi Wani dgn Azy bercerita tentang cerita seram Kekasihku Seru jadi itu yang terbawa-bawa ke dalam blog. Drama betul aku ni…MySpace

Jika 2010 kami adalah kawan. 2011 pula kami mengambil keputusan untuk mengorak langkah lebih dari seorang kawan. Dan kini 2012, kami sudah bertunang dan insya-Allah 2012 juga kami akan menukar status kepada suami-isteri pula. Jeng jeng jeng… MySpace

Imbas kembali setahun yang berlalu, rasa macam tak percaya juga. Nak buat macam mana, aku suka Pink tapi dia suka Coklat. Memang sampai bila-bila pun tak akan berubah tapi warna Pink masih lagi cantik dipadankan dengan Coklat. Tiada orang pun yang akan cakap warna itu jelik kecuali orang itu memang tahap PHD (perasaan hasad dengki) dia tinggi melangitlah.MySpace Sudahlah setiap hari pun bertekak. Ada sahaja topik yang tak puas hati. Dari soal kerja, bahasa, mahu pun dalam permainan. Serius, kami memang berbeza. MySpace  Tapi itulah, yang berbeza itu unik. Yang berbeza itulah yang menguatkan hubungan kami. Dan sebab itulah kami masih bersama dan insya-Allah hingga ke akhir hayat. Amin.

Mungkin ramai orang cakap aku tak cukup kenal dia atau lebih tepat lagi kami tidak kenal each other very well.

Dan menariknya kami kenal diri kami. Dia kenal aku, aku kenal dia; cukuplah. Cakap-cakap orang lain yang tak berapa nak penting dalam salasilah hidup kami, memang masuk telinga kanan-keluar telinga kiri. Faiz tak perfect dan aku sendiri banyak kekurangan. Tapi kami boleh menerima seadanya. Jadi apa masalah orang di lain di luar sana tu? MySpace

Mac 2012 banyak perkara yang berlaku selain daripada aku bertunang dan kami setahun bergelar sebagai pasangan kekasih. Antara lain hal yang berlaku bulan ini adalah iPhone aku genap setahun umurnya dan Faiz juga bertambah angka satu lagi umurnya.MySpace

Dan aku juga berjumpa dengan my Dad yang sudah 8 tahun tidak bersua untuk memaklumkan dia mengenai menjadi wali untuk majlis kahwin aku nanti.MySpace Kisah wali tidak mahu aku coretkan dalam entri yang ini. Mungkin lain kali aku akan menulis mengenai kisah my Dad. Ceritanya panjang dan perlukan kekuatan untuk aku mengimbas kembali kenangan berdarah mulai 2003 itu. MySpace

Baiklah, mari tukar mood. Wani perkenalkan aku lagu 150 juta dari Fynn Jamal. Dan bila aku dengar lagu 150 juta yang diperkenalkan oleh Wani baru-baru ini. Aku sangat suka lirik lagu Fynn Jamal tu. Ini lirik lagu 150 juta. Kalau kamu tak pernah dengar, sila cari di YouTube lagu ini. Jangan risau, ramai orang buat [Cover] lagu ini sebab lirik dia best.MySpace

150 juta : Fynn Jamal

Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–

saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua..

Untuk Faiz : Kau lagi kenal aku daripada orang lain. MySpace Itu kau harus ingat selalu. Diyana Heart Faiz.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s