iHeart : Hujan di SDK


Inilah yang terjadi pada musim hujan ribut petir baru-baru ini di SDK. Ini di belakang rumah sewa aku di SDK. MySpace Panik jugalah kami bila melihat apa yang berlaku di dapur. Lampu dapur rosak dan berhari-hari jugalah kami bergelap di dapur pada waktu malam dan kipas pun rosak. Atap dapur pun bocor dan habis basah kuyup lantai di dapur. Dan telefon dan modem internet pun hangit dipanah petir. Punyalah teruk hujan ribut petir di SDK. MySpace

Itu keadaan luar, tapi aku sendiri pun susah nak tidur. Bukan sebab hujan petir guruh tapi sebab bahu rasa ngilu masa ribut petir ni. MySpace Tau tak apa yang lawaknya aku fikir masa tu, matilah aku kalau petir ni menyambar besi dalam bahu aku. Walaupun logiknya aku tahu takkan jadi begitu tapi susah betul nak buang idea tu bila hujan lebat macam ni.MySpace

Masa hujan begini memang aku teringatlah pada Mastura a.k.a Cikgu Bebiri. Masa Cikgu Bebiri ni datang SDK, masa tu hujan punyalah lebat sampai banjir di SDK. Dan paling best dia dapat merasa mandi air hujan. Hahaha… MySpace Patut kena rakam kisah masa tu. Agar lain kali pasti buat aku gelak guling-guling fikir semula. Dan ini rahsia ni, Cikgu Bebiri kita tu pernah je pergi kerja tak mandi. Hahahaha… MySpace Berliter-liter minyak wangilah dia pakai hari tu. Hahaha… MySpace Ops, ada ke orang dari JB baca entri ini? Kalau ada jangan pergi cari dia untuk gelakkan dia ya. Tapi senyum-senyum pada dia boleh. Dia single lagi tu. Hehehe… Jangan marah ya bila baca part ni tau, Ma. MySpace

Bila tengok rumah sewa ni, Mei 2012 ini berakhirlah masa aku menginap di sini. Selepas ini harapnya aku tidak bekerja lagi di SDK dan kembali ke Semenanjung Malaysia di samping keluarga. KL-MLK tidaklah sejauh MLK-SDK atau KL-SDK. MySpace Dan jika aku ditakdirkan masih lagi bekerja di SDK, maka mungkin aku tidak lagi menyewa di rumah ini lagi.

Apa-apa pun, masa aku di SDK sudah hampir tamat tempohnya. 3 tahun di sini rasa macam 30 tahun lamanya. Dan semua, tolonglah doakan permohonan pindah aku pada tahun 2012 ini diluluskan. Amin. MySpace

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s