iHeart : Pertunangan Diyana-Faiz


Secara official kami bertunang pada Mac 10 dan ramai panik tengok betapa simple baju tunang aku.MySpace Mungkin semua fikir aku akan buat lebih besar dari ini tapi tersangat ringkasnya aku sampai semua terlopong. Biarlah yang penting majlis ini sudah selesai. MySpace  Malas aku memikirkan cakap-cakap orang yang tak berapa nak penting dalam hidup aku.

Walaupun pada mulanya aku bercadang memakai baju bewarna pink, tetapi disebabkan Nenda tak sesuai di matanya gabungan baju pink dan tudung pink maka dan dengan itu, aku pun tukar ke tudung pink dan baju merah. MySpace Tak kisahlah janji masih lagi pink. Keluarga Faiz pun terkejut lihat aku berbaju merah sebab Faiz mungkin sudah beritahu mereka aku berbaju pink. Nak buat macam mana, aku memang suka tukar plan last minutes.MySpace

Terima kasih kepada 3 orang yang datang menemankan aku dalam bilik masa menunggu Mak Faiz datang masuk menyarungkan cincin. MySpace  Memang masa perbincangan agak lama kerana banyak perkara nak dicakapkan oleh Pak Imam. Sampai aku pun risau kalau Pak Iman tu terlebih cakap pula. MySpace

Aku punyalah nervous sampai bedak tak lekat kat muka aku. Aduyai… Lain kali kena ingatkan aku agar letak ais dulu di muka sebelum make-up. Orang cakap itu petua tak nak bagi muka berminyak sebab nervous. MySpace

Tentang baju pengantin dan pelamin, aku serahkan pada Acik. Memang Acik berperanan besar dalam majlis kahwin aku ni. Dah macam Mum pula sibuknya.MySpace Dan masa ini aku terfikir, macam mana agaknya kalau Mum masih ada? Mesti dia tersenyum lebar tengok aku bertunang dan mesti majlis tunang aku akan lebih meriah lagi sebab Mum tak akan biarkan aku pakai simple macam ini. Nak buat macam mana, aku memang simple pun. Hehehe…MySpace

By the way, Faiz dengan rambut baru untuk bertunang. Kalau boleh rakam masa tu, memang akan terserlah muka gembira dia. Tak putus senyumlah Faiz hari itu.MySpace Dan aku seronok sangat sebab semua yang penting dalam hidup aku ada hadir di situ melihat aku bertunang.

Walaupun ada yang tidak dapat datang tetapi aku tiada paksaan pun untuk datang. Doa sahaja untuk aku dari jauh. Itu pun dah cukup. Tapi kalau datang bolehlah ambil gambar sekali untuk kenangan tahun-tahun akan datang kelak. MySpace

Hari aku bertunang Hafiz boleh pula tidur lena dalam bilik. Masa aku kahwin nanti beranilah dia nak tidur diam-diam. Memang aku bantai dengan kayu merebus telur nanti.MySpace

Dan terima kasihlah kepada Ain (my sis) yang sudi datang menolong dalam keadaan dia sedang sibuk mengulangkaji untuk peperiksaan. Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk adik-adik aku walau apa pun yang mereka tempuhi. Insya-Allah dia boleh jawab nanti.MySpace

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s