iHeart : “Rumah Sukan MERPATI”


Ini adalah fakta, aku paling anti warna HIJAU dan apa yang kelakarnya Rumah Sukan Merpati adalah Rumah Hijau. Jadi memang dari dulu aktiviti melibatkan warna ini memang aku agak stay away sedikit sebab aku tak suka warna dia. MySpace Kali ini aku dilantik menjadi AJK Nombor dan inilah antara hasilnya yang team aku buat. Walaupun kainnya hijau tapi sebab aku suka warna pink maka file dia pink. Apa pun orang nak perli aku memang tak peduli sebab bukan mereka yang buat tapi banyak pula nak komen.MySpace

Dan kali ini atas permintaan, aku menjadi AJK Hadiah semasa Hari Sukan pada Mac 2 dan 3. Dan syukurlah Merpati masih lagi juara dan harapnya teruskanlah usaha mengekalkan kejuaraan pada tahun-tahun berikutnya. Amin. MySpace

Tahun ini makanan agak mengecewakan setelah pada tahun lalu mendapat KFC set maka harapan kami tahun ini dapat McD. Tapi apa mahu buat, terima sahajalah makanan yang ada sebab baju tahun ini sudahlah dapat percuma jadi tidak boleh nak bising banyak sangat. MySpace

Apa yang penting, mestilah kulit aku tidak terbakar dan aku sudah bersedia untuk bertunang minggu depan…!!!MySpace Tak sabar sebenarnya. Hahaha… Dan aku tahu, Faiz pun berdebar juga. Berdebar untuk majlis pertunangan kami dan berdebar sebab akan berjumpa dengan En Mohd Din buat kali pertama kalinya untuk dia dan kali pertamanya untuk aku selepas 8 tahun berlalu. Kronik cerita persediaan nak kahwin aku ini terutamanya dalam proses nak mencari wali. Rungsing pula fikir tiba-tiba. MySpace

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s