iHeart : “KOKUM”


Banyak tahun aku ni jadi admin Persatuan LEO bersama dengan Cik Paulina D dan Pn Chew WF. Tapi tahun 2012 ini kali pertama aku ditukarkan persatuan kepada Kelab Taridra (Tarian & Drama).MySpace Kelab ini ada ahli seramai 40 orang dan semuanya perempuan pelbagai bangsa. Apa yang menarik tentang kelab ini, ahli-ahlinya sporting dalam membuat aktiviti yang disediakan oleh AJK Kelab. Apa yang tidak menarik tentang kelab ini, AJK Kelab membelakangkan admin Kelab Taridra kerana rasa umur 17-18 tahun tu da cukup dewasa untuk manage kelab sendiri.MySpace

As for me, tak kisahlah janji mereka bahagia.MySpace Aku telah dipercayai untuk mengawal soal drama yang akan dipentaskan sempena sambutan Hari Guru nanti tapi apa yang menariknya, satu habuk pun mereka tak datang berbincang dengan aku mengenai drama tersebut. Aku pun apa lagi, “BUAT TAK TAHU” sahajalah. Tapi mujur ada Along, dia yang keep pushing AJK Drama agar A.S.A.P jumpa aku berbincang tentang drama tapi setakat sekarang ini, tiada apa-apa perubahan. MySpace

Dan dalam unit-unit lain masih lagi sama. Cuma tahun ini aku jadi admin utama dalam Kelab Kapal Layar. Very funny, aku dah la takut pada air tapi aku admin dua unit bersangkut paut dengan air. Macam nak suruh aku belajar berenang sahaja. Hehehe… MySpace Insya-Allah aku akan cuba mencari masa untuk belajar berenang kelak. Sebabnya aku tengok baju-baju renang yang dijual sekarang ini semuanya comel-comel belaka. Sangat tergoda!!! Jadi, kena masukkan dalam list wanted 2013 nanti, belajar berenang!!! MySpace

Setiap tahun Kelab Renang sekolah aku akan menganjurkan MSSD SDK untuk unit ini dan sebagai salah seorang admin mestilah aku kena pergi juga. Event kali ini sehari sahaja (Jan 19) dan sebelum-sebelum ini dibuat 2 hari. Kerja aku seperti biasa, AJK Penjaga Masa. Cuma kali ini aku bernasib baik untuk pergi ke sana hanya selepas 2 petang dan bukannya seharian dari 8 pagi seperti admin lain. Syukurlah, di kolam renang darjah bahang kepanasannya lain dari aku berjemur di tengah hari. MySpace

Walau apa pun, aku sangat tak sabar untuk bercuti seminggu!!! MySpace Walaupun aku agak kecewa sebab tak dapat pulang ke kampung dan tersadai di sini tanpa aktiviti-aktiviti yang seronok, tapi aku tetap rasa lega kerana dapat berehat dari kerja-kerja yang bersusun di meja aku. MySpace

Dan masa cuti ini nak spend masa lama-lama calling Faiz.MySpace  Rindu pada Faiz dan ini yang buat aku rasa nak balik KL jumpa Faiz. Sekejap pun jadilah, asalkan dapat jumpa dia face2face bukan through Facetime or MMS iPhone aku ni. Huhuhu, nak balik…!!! MySpace

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s