iHeart : E-GTUKAR


Aku isi sudah borang e-GTukar aku ke KL. Tak tahulah aku dapat atau tak tapi aku memang buat yang terbaik sungguh untuk pertukaran penempatan sesi Januari 2013 ni.MySpace Punyalah bersungguh aku nak tukar sampai kan buat rayuan pertukaran penempatan ke Putrajaya. Hahaha, gila tak gila lah kan? Mungkin inilah aura bila sudah bergelar Puan. Masa jadi Cik, tak pula nak buat sungguh macam ni. MySpace

Tahu tak apa response Boss aku bila aku bagi surat rayuan minta dia tulis sokongan ke Putrajaya. Nah, nampak apa Boss tulis sana? Kihkihkih… MySpace Tapi risau jugalah sebab tak tahu apa dia tulis dalam form online. Hopefully perkara yang sama. Tapi masa aku nak dapat sign dia (dan komen DISOKONG tu), berjam-jam jugalah aku dengar lecture dia. Sabar saja lah, nak buat macam mana. Tadah telinga saja. MySpace

Tapi aku bersyukurlah sebab dia tulis yang positif sebabnya ada juga yang dia tulis negatif pada surat sokongan. Dan pada yang memohon (semua guru yang memohon), aku doakan permohonan semua diluluskan.MySpace Kalau gagal, cuba rayu dulu dan kalau masih tiada rezeki maka cuba lagilah tahun depan.MySpace Especially pada rakan-rakan sejawat aku yang aku tahu betapa kuatnya desire mereka nak pindah balik ke Semenanjung Malaysia tu, aku doakan kalian juga. MySpace

Dan aku doakan pada diri aku sendiri moga permohonan aku diluluskan dan aku bakal dapat tempat di sekolah yang lebih baik daripada sekolah yang aku ada sekarang ini. MySpace Bukan apa, dapat sekolah yang elok maka bolehlah asah skills aku sikit. Hahaha, sebab aku tahu aku banyak lagi nak kena belajar. Di Semenanjung Malaysia mungkin totally tak sama macam di Sabah sini. Mungkin kan? MySpace

Pssstt… Aku nak pindah sebab FG di sana. Rindu sangat pada dia.MySpace Nak fly every week, tiket mahal pula. Huhuhu, seksa ni tanggung rindu.MySpace Tapi kerana kerja maka nak tak nak kenalah bersabar. Mujurlah tak lama lagi nak cuti sekolah. Kalau tidak, meraung agaknya.MySpace Dan bila fikir kembali, mujurlah aku ni seorang guru yang akan cuti pada masa cuti sekolah. Kalau aku sama-sama kerja macam dia, alamatnya memang kena paksa berhenti kerja agaknya. Hahaha… MySpace

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s